Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kali ini, aku ingin
kongsikan pengalaman temuduga aku untuk perkhidmatan kerajaan dalam
jawatan Pembantu Perangkaan E17, ini adalah pertama kali aku
ditemuduga untuk jawatan ini. Aku dapat tahu panggilan temuduga ini
lebih kurang dua minggu sebelum tarikh temuduga melalui SMS dan email
daripada pihak SPA, kemudian selang beberapa hari barulah surat
panggilan temuduga sampai ke rumah.
Macam biasa aku cuba belajar dan mengkaji jawatan ini dan apa yang perlu melalui laman-laman web berikut :-
1) Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm/)
2) Penghuraian Kerja (http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/huraiankerja/huraiankerja.asp)
3)Senarai Kabinet Malaysia (http://www.kabinet.gov.my/)
Kemudian
aku pun ada juga baca blog-blog mereka-mereka yang pernah menghadiri
sesi temuduga bagi jawatan ini. Memang cukup membantu untuk
mempersiapkan diri bagi menghadapi temuduga ini. Sebelum hari temuduga
aku pun dah siapkan pakaian-pakaian yang sesuai untuk temuduga, kemudian
senarai sijil-sijil yang perlu dikemukakan.
Hari Temuduga (04/04/2014)
Waktu
temuduga aku adalah pada jam 8.00 pagi di Wisma Perseketuan di
Seremban, Negeri Sembilan, aku sampai awal kat sana lebih kurang jam
7.30 pagi, kali ni aku tak sempat nak bersarapan..huhu..takpelah sarapan lepas temuduga jelah..huhu. Sebenarnya kalau kita sampai awal takdelah kalut sangat untuk cari tempat
parking kereta ataupun untuk ke tandas manelah tahu takut-takut perut
meragam.
Kali ni aku adalah calon yang kedua awal...
Waktu Temuduga
Sebelum
masuk ke bilik temuduga duga, aku ketuk dulu pintu dan kemudian baru
masuk dengan memberikan senyuman serta memberi salam kepada panel
penemuduga yang terdiri daripada 2 orang.
Kemudian aku terus
memberi sijil dan dokumen yang diperlukan kepada panel-panel penemuduga,
kemudian mereka mengarahkan aku untuk duduk.
Antara soalan-soalan yang ditanya yang masih aku ingat adalah :-
1)Macam
biasa mereka suruh aku perkenalkan diri, so aku cerita pasal diri aku
dari lahir hingga berkerja..panjang lebar jugaklah..diorang pun tekun je
mendengar cerita aku..hehehe..
2)Memandangkan aku dah berkhidmat dengan
kerajaan..mereka tanya kenapa mintak jawatan ni sedangkan gred lebih
kurang sama...aku jawab yang aku nak cari pengalaman baru...dan peluang kenaikan pangkat lebih luas...pastu
panjang jugaklah aku goreng...
3)Dia suruh aku huraikan tugas2 Pembantu Perangkaan E17 ni, aku pun apalagi gorenggg....seperti apa yang ada dalam EZSKIM jpa tu..perggghhh puas ati...
4)Pastu dia tanya aku, kalau masa pergi banci tu, orang dalam rumah tu tak nak bagi kerjasama macam mana? Aku cakap kita boleh kenakan pendakwaan mengikut akta yang sedia ada...(aku pun lupa dah akta dia...waktu memang aku ingat betul2...) tapi diorang masih tak berpuas hati sebab jawapan tu kurang tepat...tapi diorang bagi hint2 jugak...last2 aku cakap kita pakai "SURAT" atau borang..l..itulah jawapan yang tepat...perghhh lama jugaklah nak jawab bagi betu..huhu...
5)
Pastu dia tanya aku berkenaan sasaran penduduk tahun 2040 ( itupun sebab aku bagitau aku ada baca projections 2040 ni)..yang ni boleh goreng jugak...
6) Pastu diorang tanya aku berapakah sepatutnya bilangan anak bagi sesebuah keluarga mengikut sasaran keluarga? aku jawablah 3 orang...diorang kata salah..diorang bagi jawapannya adalah 5 orang, sebab tulah apa2 borang bantuan apa2 untuk anak2 adalah kuotanya 5 orang...
7) Kalau masa banci penduduk, dah masukkan dalam sistem, tau2 besoknya ada orang beranak atau mati...jadi macam mana keputusan banci kita tu...aku jawab kita ikut bacaan terakhir yang kita buat...sebab kematian dan kelahirang memang selalu berlaku...
8)Soalan seterusnya, sanggupkah kamu kalau kena posting jauh2 termasuk Sabah dan Sarawak...aku cakap sanggup sebab Mak aku dan Mak Mertua aku kerap datang rumah aku untuk bantu wife aku...so takde masalahlah berkenaan urusan anak aku...
9) Pastu diorang tanya ada apa2 soalan tak, aku gunakan ruang itu untuk merayu dan bertanya satu soalan, apakah kelemahan saya dalam interview ini tuan, maklumlah ada temuduga sebelum ni saya gagal? diorang jawab soalan tu terlalu subjektif, penilaian panel penemuduga adalah berbeza...
Lepas tu aku bersalam dengan mereka dan beredar...
Kemudian jeng jeng jeng...
Pada 05/04/2014
Keputusan temuduga : TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA TEMU DUGA
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 sebab berjaya temuduga ini...aku ucapkan GOOD LUCK! kepada sesiapa yang akan menghadiri temuduga nanti...tq
pembantu perangkaa E17 ni sambilan ke atau tetap?
ReplyDeleteUntuk jawatan tetap
Delete1) Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm/...knp xboleh bkk ye..boleh share kt emel saya (haidaisyida90@gmail.com) tak encik study apa utk jbtn perangkaan...dpt iv jbtn perangkaan kajang mgu dpn
ReplyDeleteSalam, sori lambat reply..cuba buka www.dosm.gov.my..cuba baca huraian kerjanya,(http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/huraiankerja/huraiankerja.asp)..semoga berjaya :-)
DeleteSekarang bro masih bekerja lg ke kat sini?
ReplyDeleteSalam, nk tny.. Untuk jawatan ni, ad peperiksaan x??
ReplyDeleteSalam setakat ni rasanya takde peperiksaan..
DeleteAssalamu'alaikum , terima kasih atas perkongsian..
ReplyDeleteassalammualaikum tok ju..link yg tok ju bg tue dah expired mana nk refer ag ek..next week dpt iv pembantu perangkaan..harap membantu..terima kasih
ReplyDeleteNak tanye ade ujian x sebelum dapat interview
DeleteWaktu zaman Tok Ju dulu takde periksa..terus interview aje..
DeleteTok ju, kalau jawatan untuk part time pembantu perangkaan ni..kena pandai guna software apa
ReplyDeleteBiasanya kalau part time byk kena keje luar (lapangan), tapi kalau bahagian prosesan (key in data) berada di ofis, software yg selalu digunakan adalah MS EXCEL, MS WORD, MS POWER POINT..tp EXCEL lah yang paling penting disebabkan bermain dengan data..
DeleteAssalamualaikum . saya interview 29 haribulan ni . rasa rasa releven lagi tak kalau saya ikut & fokus dekat soalan soalan yang encik huraikan itu ?
ReplyDeleteBoleh juga ditambah dengan info tentang Jabatan Perangkaan di www.dosm.gov.my, tengoklah publication yg ada sekali..Good luck :-)
DeleteSalam nak tanya kalu jawatan perangkawan E41, kerjanya banyak keje luar ke? sesuai ke untuk wanita?
ReplyDeleteSangat sesuai untuk wanita, kerja Perangkawan E41 ni lebih kepada analisis, software berkaitan analisis kena cekap seperti Ms Excel. Bagi E41 sangat kurang kerja luar, melainkan kes anak buah tak daat setel baru bos turun. Diharap membantu dan good luck.
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Temuduga pembantu perangkaan perlu kaitkan dgn database ke?
ReplyDeleteSaya interview minggu depan, doakan saya berjaya ya :)
Sama2..Basically, kalau di HQ Putrajaya pembantu perangkaan byk key in data yg dikumpul melalui borang yang dihantar oleh Jabatan Perangkaan Negeri. Jadi perlu mahirkan diri dengan penggunaan excel disebabkan beribu2 data yang dikumpul, kalau pandai guna MS Access adalah satu kelebihan. Sebagai Pembantu Perangkaan perlu mempunyai kemahiran untuk memujuk responden supaya beri kerjasama bagi mengisi borang seperti ekonomi, isi rumah, harga barang dan lain-lain. Sy doakan supaya saudara/saudari berjaya dalam temuduga ini. InsyaALLAH..Amin..
DeleteTerima kasih atas perkongsian. Nak tanya,untuk jawatan Pembantu Perangkaan E19,boleh bagi tips soalan temuduga yang perlu saya kaji?...
ReplyDeleteSaya interview minggu depan,doakan saya berjaya juga ye.
Sama2..yg pertama sekali, penemuduga biasanya akan suruh perkenalkan diri, so perkenalkan diri dari mula sekolah sehingga ke sekarang..lepas tu jika tidak ditanya atau ditanya cerita je tentang knowledge yg saudara/saudari tahu tentang Jabatan Perangkaan..kena jual diri kita ni..blh tengok dalam website apa survey/banci yang ada.
DeleteTugas Pembantu Perangkaan yang utama adalah mendapatkan data daripada responden melalui borang yang diisi seperti banci penduduk, survey ekonomi, survey pertanian, survey harga barang dan sebagainya. Jadi kemahiran untuk memujuk orang utk isi borang adalah penting samada melalui bersemuka atau melalui telefon.
Jika berada dalam unit prosesan, kerjanya byk kepada penggunaan excel dan website dimana perlu key in data yang diisi pada borang.
Cuba baca akta banci dan akta perangkaan.
InsyaAllah saya doakan saudara/saudari berjaya dalam temuduga ini. InsyaALLAH..Amin..mudah2an dipermudahkan..
Assalamualaikum tuan, sy nak tnya jawatan Pembanci gred E19 adakah sama dgn jawatan perangkaan yg tuan cerita di atas?
ReplyDeleteAnda adalah perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya, anda membawa kembali suami saya apabila fikir tiada apa yang akan berlaku untuk kita bersama lagi.. Saya benar-benar ingin menghargai kerja anda Dr Dawn, saya telah mengalami beberapa siri situasi malang dalam perjalanan kembali kepada kekasih saya. Anda akan sentiasa mendapat restu dan doa saya untuk mantera hebat yang telah anda lakukan untuk saya dan suami saya berhubung.
ReplyDeleteIni nombor Whatsapp Dr Dawn: ( +2349046229159 )bagi mereka yang menghadapi masalah dalam perhubungan/perkahwinan/ kehidupan,
Walaupun ia adalah isu kesuburan, kes Curt, nombor pemenang loteri, E.T.C.
DR Fajar Whatsapp: +2349046229159
E-mel dawnacuna314@gmail.com