Propellerads

Pengalaman Temuduga Pembantu Perangkaan E17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ini, aku ingin kongsikan pengalaman temuduga aku untuk perkhidmatan kerajaan dalam jawatan Pembantu Perangkaan E17, ini adalah pertama kali aku ditemuduga untuk jawatan ini. Aku dapat tahu panggilan temuduga ini lebih kurang dua minggu sebelum tarikh temuduga melalui SMS dan email daripada pihak SPA, kemudian selang beberapa hari barulah surat panggilan temuduga sampai ke rumah.

Macam biasa aku cuba belajar dan mengkaji jawatan ini dan apa yang perlu melalui laman-laman web berikut :-

1) Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm/)
2) Penghuraian Kerja (http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/huraiankerja/huraiankerja.asp)

3)Senarai Kabinet Malaysia (http://www.kabinet.gov.my/)

Kemudian aku pun ada juga baca blog-blog mereka-mereka yang pernah menghadiri sesi temuduga bagi jawatan ini. Memang cukup membantu untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi temuduga ini. Sebelum hari temuduga aku pun dah siapkan pakaian-pakaian yang sesuai untuk temuduga, kemudian senarai sijil-sijil yang perlu dikemukakan.

Hari Temuduga (04/04/2014)

Waktu temuduga aku adalah pada jam 8.00 pagi di Wisma Perseketuan di Seremban, Negeri Sembilan, aku sampai awal kat sana lebih kurang jam 7.30 pagi, kali ni aku tak sempat nak bersarapan..huhu..takpelah sarapan lepas temuduga jelah..huhu. Sebenarnya kalau kita sampai awal takdelah kalut sangat untuk cari tempat parking kereta ataupun untuk ke tandas manelah tahu takut-takut perut meragam.

Kali ni aku adalah calon yang kedua awal...

Waktu Temuduga

Sebelum masuk ke bilik temuduga duga, aku ketuk dulu pintu dan kemudian baru masuk dengan memberikan senyuman serta memberi salam kepada panel penemuduga yang terdiri daripada 2 orang.
Kemudian aku terus memberi sijil dan dokumen yang diperlukan kepada panel-panel penemuduga, kemudian mereka mengarahkan aku untuk duduk.

Antara soalan-soalan yang ditanya yang masih aku ingat adalah :-

1)Macam biasa mereka suruh aku perkenalkan diri, so aku cerita pasal diri aku dari lahir hingga berkerja..panjang lebar jugaklah..diorang pun tekun je mendengar cerita aku..hehehe..

2)Memandangkan aku dah berkhidmat dengan kerajaan..mereka tanya kenapa mintak jawatan ni sedangkan gred lebih kurang sama...aku jawab yang aku nak cari pengalaman baru...dan peluang kenaikan pangkat lebih luas...pastu panjang jugaklah aku goreng...

3)Dia suruh aku huraikan tugas2 Pembantu Perangkaan E17 ni, aku pun apalagi gorenggg....seperti apa yang ada dalam EZSKIM jpa tu..perggghhh puas ati...

4)Pastu dia tanya aku, kalau masa pergi banci tu, orang dalam rumah tu tak nak bagi kerjasama macam mana? Aku cakap kita boleh kenakan pendakwaan mengikut akta yang sedia ada...(aku pun lupa dah akta dia...waktu memang aku ingat betul2...) tapi diorang masih tak berpuas hati sebab jawapan tu kurang tepat...tapi diorang bagi hint2 jugak...last2 aku cakap kita pakai "SURAT" atau borang..l..itulah jawapan yang tepat...perghhh lama jugaklah nak jawab bagi betu..huhu...

5) Pastu dia tanya aku berkenaan sasaran penduduk tahun 2040 ( itupun sebab aku bagitau aku ada baca projections 2040 ni)..yang ni boleh goreng jugak...

6) Pastu diorang tanya aku berapakah sepatutnya bilangan anak bagi sesebuah keluarga mengikut sasaran keluarga? aku jawablah 3 orang...diorang kata salah..diorang bagi jawapannya adalah 5 orang, sebab tulah apa2 borang bantuan apa2 untuk anak2 adalah kuotanya 5 orang...

7) Kalau masa banci penduduk, dah masukkan dalam sistem, tau2 besoknya ada orang beranak atau mati...jadi macam mana keputusan banci kita tu...aku jawab kita ikut bacaan terakhir yang kita buat...sebab kematian dan kelahirang memang selalu berlaku...

8)Soalan seterusnya, sanggupkah kamu kalau kena posting jauh2 termasuk Sabah dan Sarawak...aku cakap sanggup sebab Mak aku dan Mak Mertua aku kerap datang rumah aku untuk bantu wife aku...so takde masalahlah berkenaan urusan anak aku...

9) Pastu diorang tanya ada apa2 soalan tak, aku gunakan ruang itu untuk merayu dan bertanya satu soalan, apakah kelemahan saya dalam interview ini tuan, maklumlah ada temuduga sebelum ni saya gagal? diorang jawab soalan tu terlalu subjektif, penilaian panel penemuduga adalah berbeza...

Lepas tu aku bersalam dengan mereka dan beredar...

Kemudian jeng jeng jeng...

Pada 05/04/2014

Keputusan temuduga : TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA TEMU DUGA

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 sebab berjaya temuduga ini...aku ucapkan GOOD LUCK! kepada sesiapa yang akan menghadiri temuduga nanti...tq



23 comments:

  1. pembantu perangkaa E17 ni sambilan ke atau tetap?

    ReplyDelete
  2. 1) Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm/...knp xboleh bkk ye..boleh share kt emel saya (haidaisyida90@gmail.com) tak encik study apa utk jbtn perangkaan...dpt iv jbtn perangkaan kajang mgu dpn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sori lambat reply..cuba buka www.dosm.gov.my..cuba baca huraian kerjanya,(http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/huraiankerja/huraiankerja.asp)..semoga berjaya :-)

      Delete
  3. Sekarang bro masih bekerja lg ke kat sini?

    ReplyDelete
  4. Salam, nk tny.. Untuk jawatan ni, ad peperiksaan x??

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum , terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum tok ju..link yg tok ju bg tue dah expired mana nk refer ag ek..next week dpt iv pembantu perangkaan..harap membantu..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanye ade ujian x sebelum dapat interview

      Delete
    2. Waktu zaman Tok Ju dulu takde periksa..terus interview aje..

      Delete
  7. Tok ju, kalau jawatan untuk part time pembantu perangkaan ni..kena pandai guna software apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kalau part time byk kena keje luar (lapangan), tapi kalau bahagian prosesan (key in data) berada di ofis, software yg selalu digunakan adalah MS EXCEL, MS WORD, MS POWER POINT..tp EXCEL lah yang paling penting disebabkan bermain dengan data..

      Delete
  8. Assalamualaikum . saya interview 29 haribulan ni . rasa rasa releven lagi tak kalau saya ikut & fokus dekat soalan soalan yang encik huraikan itu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh juga ditambah dengan info tentang Jabatan Perangkaan di www.dosm.gov.my, tengoklah publication yg ada sekali..Good luck :-)

      Delete
  9. Salam nak tanya kalu jawatan perangkawan E41, kerjanya banyak keje luar ke? sesuai ke untuk wanita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sesuai untuk wanita, kerja Perangkawan E41 ni lebih kepada analisis, software berkaitan analisis kena cekap seperti Ms Excel. Bagi E41 sangat kurang kerja luar, melainkan kes anak buah tak daat setel baru bos turun. Diharap membantu dan good luck.

      Delete
  10. Terima kasih atas perkongsian. Temuduga pembantu perangkaan perlu kaitkan dgn database ke?
    Saya interview minggu depan, doakan saya berjaya ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..Basically, kalau di HQ Putrajaya pembantu perangkaan byk key in data yg dikumpul melalui borang yang dihantar oleh Jabatan Perangkaan Negeri. Jadi perlu mahirkan diri dengan penggunaan excel disebabkan beribu2 data yang dikumpul, kalau pandai guna MS Access adalah satu kelebihan. Sebagai Pembantu Perangkaan perlu mempunyai kemahiran untuk memujuk responden supaya beri kerjasama bagi mengisi borang seperti ekonomi, isi rumah, harga barang dan lain-lain. Sy doakan supaya saudara/saudari berjaya dalam temuduga ini. InsyaALLAH..Amin..

      Delete
  11. Terima kasih atas perkongsian. Nak tanya,untuk jawatan Pembantu Perangkaan E19,boleh bagi tips soalan temuduga yang perlu saya kaji?...
    Saya interview minggu depan,doakan saya berjaya juga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..yg pertama sekali, penemuduga biasanya akan suruh perkenalkan diri, so perkenalkan diri dari mula sekolah sehingga ke sekarang..lepas tu jika tidak ditanya atau ditanya cerita je tentang knowledge yg saudara/saudari tahu tentang Jabatan Perangkaan..kena jual diri kita ni..blh tengok dalam website apa survey/banci yang ada.

      Tugas Pembantu Perangkaan yang utama adalah mendapatkan data daripada responden melalui borang yang diisi seperti banci penduduk, survey ekonomi, survey pertanian, survey harga barang dan sebagainya. Jadi kemahiran untuk memujuk orang utk isi borang adalah penting samada melalui bersemuka atau melalui telefon.

      Jika berada dalam unit prosesan, kerjanya byk kepada penggunaan excel dan website dimana perlu key in data yang diisi pada borang.

      Cuba baca akta banci dan akta perangkaan.

      InsyaAllah saya doakan saudara/saudari berjaya dalam temuduga ini. InsyaALLAH..Amin..mudah2an dipermudahkan..

      Delete
  12. Assalamualaikum tuan, sy nak tnya jawatan Pembanci gred E19 adakah sama dgn jawatan perangkaan yg tuan cerita di atas?

    ReplyDelete
  13. Anda adalah perkara terbaik yang pernah berlaku kepada saya, anda membawa kembali suami saya apabila fikir tiada apa yang akan berlaku untuk kita bersama lagi.. Saya benar-benar ingin menghargai kerja anda Dr Dawn, saya telah mengalami beberapa siri situasi malang dalam perjalanan kembali kepada kekasih saya. Anda akan sentiasa mendapat restu dan doa saya untuk mantera hebat yang telah anda lakukan untuk saya dan suami saya berhubung.
    Ini nombor Whatsapp Dr Dawn: ( ​​+2349046229159 )bagi mereka yang menghadapi masalah dalam perhubungan/perkahwinan/ kehidupan,
    Walaupun ia adalah isu kesuburan, kes Curt, nombor pemenang loteri, E.T.C.

    DR Fajar Whatsapp: +2349046229159
    E-mel dawnacuna314@gmail.com

    ReplyDelete