Propellerads

Pengalaman Temuduga Pembantu Perangkaan E17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ini, aku ingin kongsikan pengalaman temuduga aku untuk perkhidmatan kerajaan dalam jawatan Pembantu Perangkaan E17, ini adalah pertama kali aku ditemuduga untuk jawatan ini. Aku dapat tahu panggilan temuduga ini lebih kurang dua minggu sebelum tarikh temuduga melalui SMS dan email daripada pihak SPA, kemudian selang beberapa hari barulah surat panggilan temuduga sampai ke rumah.

Macam biasa aku cuba belajar dan mengkaji jawatan ini dan apa yang perlu melalui laman-laman web berikut :-

1) Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm/)
2) Penghuraian Kerja (http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/huraiankerja/huraiankerja.asp)

3)Senarai Kabinet Malaysia (http://www.kabinet.gov.my/)

Kemudian aku pun ada juga baca blog-blog mereka-mereka yang pernah menghadiri sesi temuduga bagi jawatan ini. Memang cukup membantu untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi temuduga ini. Sebelum hari temuduga aku pun dah siapkan pakaian-pakaian yang sesuai untuk temuduga, kemudian senarai sijil-sijil yang perlu dikemukakan.

Hari Temuduga (04/04/2014)

Waktu temuduga aku adalah pada jam 8.00 pagi di Wisma Perseketuan di Seremban, Negeri Sembilan, aku sampai awal kat sana lebih kurang jam 7.30 pagi, kali ni aku tak sempat nak bersarapan..huhu..takpelah sarapan lepas temuduga jelah..huhu. Sebenarnya kalau kita sampai awal takdelah kalut sangat untuk cari tempat parking kereta ataupun untuk ke tandas manelah tahu takut-takut perut meragam.

Kali ni aku adalah calon yang kedua awal...

Waktu Temuduga

Sebelum masuk ke bilik temuduga duga, aku ketuk dulu pintu dan kemudian baru masuk dengan memberikan senyuman serta memberi salam kepada panel penemuduga yang terdiri daripada 2 orang.
Kemudian aku terus memberi sijil dan dokumen yang diperlukan kepada panel-panel penemuduga, kemudian mereka mengarahkan aku untuk duduk.

Antara soalan-soalan yang ditanya yang masih aku ingat adalah :-

1)Macam biasa mereka suruh aku perkenalkan diri, so aku cerita pasal diri aku dari lahir hingga berkerja..panjang lebar jugaklah..diorang pun tekun je mendengar cerita aku..hehehe..

2)Memandangkan aku dah berkhidmat dengan kerajaan..mereka tanya kenapa mintak jawatan ni sedangkan gred lebih kurang sama...aku jawab yang aku nak cari pengalaman baru...dan peluang kenaikan pangkat lebih luas...pastu panjang jugaklah aku goreng...

3)Dia suruh aku huraikan tugas2 Pembantu Perangkaan E17 ni, aku pun apalagi gorenggg....seperti apa yang ada dalam EZSKIM jpa tu..perggghhh puas ati...

4)Pastu dia tanya aku, kalau masa pergi banci tu, orang dalam rumah tu tak nak bagi kerjasama macam mana? Aku cakap kita boleh kenakan pendakwaan mengikut akta yang sedia ada...(aku pun lupa dah akta dia...waktu memang aku ingat betul2...) tapi diorang masih tak berpuas hati sebab jawapan tu kurang tepat...tapi diorang bagi hint2 jugak...last2 aku cakap kita pakai "SURAT" atau borang..l..itulah jawapan yang tepat...perghhh lama jugaklah nak jawab bagi betu..huhu...

5) Pastu dia tanya aku berkenaan sasaran penduduk tahun 2040 ( itupun sebab aku bagitau aku ada baca projections 2040 ni)..yang ni boleh goreng jugak...

6) Pastu diorang tanya aku berapakah sepatutnya bilangan anak bagi sesebuah keluarga mengikut sasaran keluarga? aku jawablah 3 orang...diorang kata salah..diorang bagi jawapannya adalah 5 orang, sebab tulah apa2 borang bantuan apa2 untuk anak2 adalah kuotanya 5 orang...

7) Kalau masa banci penduduk, dah masukkan dalam sistem, tau2 besoknya ada orang beranak atau mati...jadi macam mana keputusan banci kita tu...aku jawab kita ikut bacaan terakhir yang kita buat...sebab kematian dan kelahirang memang selalu berlaku...

8)Soalan seterusnya, sanggupkah kamu kalau kena posting jauh2 termasuk Sabah dan Sarawak...aku cakap sanggup sebab Mak aku dan Mak Mertua aku kerap datang rumah aku untuk bantu wife aku...so takde masalahlah berkenaan urusan anak aku...

9) Pastu diorang tanya ada apa2 soalan tak, aku gunakan ruang itu untuk merayu dan bertanya satu soalan, apakah kelemahan saya dalam interview ini tuan, maklumlah ada temuduga sebelum ni saya gagal? diorang jawab soalan tu terlalu subjektif, penilaian panel penemuduga adalah berbeza...

Lepas tu aku bersalam dengan mereka dan beredar...

Kemudian jeng jeng jeng...

Pada 05/04/2014

Keputusan temuduga : TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA TEMU DUGA

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 sebab berjaya temuduga ini...aku ucapkan GOOD LUCK! kepada sesiapa yang akan menghadiri temuduga nanti...tq