Propellerads

Pengalaman Temuduga Pembantu Pendaftaran KP17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku ingin kongsikan pengalaman temuduga aku untuk perkhidmatan kerajaan dalam jawatan Pembantu Pendaftaran KP17, ini adalah pertama kali aku ditemuduga untuk jawatan ini. Aku dapat tahu panggilan temuduga ini lebih kurang dua minggu sebelum tarikh temuduga melalui SMS dan email daripada pihak SPA, kemudian selang beberapa hari barulah surat panggilan temuduga sampai ke rumah.

Macam biasa aku cuba belajar dan mengkaji jawatan ini dan apa yang perlu melalui laman-laman web berikut :-

1) Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (http://www.jpn.gov.my/)
2) Butiran Skim Perkhidmatan (http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/perbekalanskim.asp?id_skim=4605)
3)Penghuraian Kerja (http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/huraiankerja/HuraianKerja/K/4605.pdf)
4)Deskripsi Tugas (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4605)
5)Senarai Kabinet Malaysia (http://www.kabinet.gov.my/)

Kemudian aku pun ada juga baca blog-blog mereka-mereka yang pernah menghadiri sesi temuduga bagi jawatan ini. Memang cukup membantu untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi temuduga ini. Sebelum hari temuduga aku pun dah siapkan pakaian-pakaian yang sesuai untuk temuduga, kemudian senarai sijil-sijil yang perlu dikemukakan.

Hari Temuduga (12/03/2014)

Waktu temuduga aku adalah pada jam 8.30 pagi di Wisma Perseketuan di Seremban, Negeri Sembilan, aku sampai awal kat sana lebih kurang jam 7.00 pagi, aku sarapan dalam kereta je dengan makan roti dan minum air masak. Kalau kita sampai awal takdelah kalut sangat untuk cari tempat parking kereta ataupun untuk ke tandas manelah tahu takut-takut perut meragam.

Aku adalah calon temuduga yang terawal sampai kat tempat temuduga, selepas petugas melihat sijil-sijil aku dan beliau mengarahkan aku untuk menyusun sijil-sijil dalam fail mengikut ikutan.

Waktu Temuduga

Sebelum masuk ke bilik temuduga duga, aku ketuk dulu pintu dan kemudian baru masuk dengan memberikan senyuman serta memberi salam kepada panel penemuduga yang terdiri daripada 2 orang.
Kemudian aku terus memberi sijil dan dokumen yang diperlukan kepada panel-panel penemuduga, kemudian mereka mengarahkan aku untuk duduk.

Antara soalan-soalan yang ditanya yang masih aku ingat adalah :-

1)Macam biasa mereka suruh aku perkenalkan diri, so aku cerita pasal diri aku dari lahir hingga berkerja..panjang lebar jugaklah..diorang pun tekun je mendengar cerita aku..hehehe..

2)Soalan pasal website JPN (adakah anda rasa website tu mudah untuk difahami atau tidak?..aku jawab mudah difahami...huhu..

3)Visi dan misi JPN...soalan ni aku tak dapat jawab sebab tak ingat..diorang bagi clue2 jugak tapi aku tak boleh jawab...aku cakap misi dia "memudahkan pelanggan"...haha...

4)Nama pengarah JPN...aku jawab betul dah cuma tak lengkap berserta nama binti...(lain kali kena pastikan ingat nama tu dengan lengkap) dahlah aku bagitau tak lengkap dengan nama ayah...Yang berbahagia pun aku tak cakap...yang ni penemuduga bagitau aku yang kena sebut Yang Berbahagia...

5) Pastu dia tanya macam mana kalau pergi ke perkampungan orang asli dan kita nak tentukan umur mereka-mereka yang masih belum ada kad pengenalan...yang ni aku jawab kita bagi anggaran umur berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa kelahirannya...aku bedal je ni...

6) Memandangkan aku dah berkhidmat dengan kerajaan..mereka tanya kenapa mintak jawatan ni sedangkan gred lebih kurang sama...aku jawab yang aku nak cari pengalaman baru...pastu panjang jugaklah aku goreng...

7) Pastu dia bagi soalan, kalau kamu bertugas di kaunter JPN, tiba2 ada amoi bagi kamu hadiah sebab dia dapat anak, dia bagi hadiah sebab nakkan "ONG"...pastu aku jawab kalau dia bagi ambik hadiah tu dan bagi kat ketua jabatan, pastu dia tanya kalau asyik2 amoi tu bagi hadiah macam mane? aku jawab kalau dia selalu bagi hadiah, itu dah kes lain...mungkin dia nak merasuah, pastu aku jawab saya akan tolak hadiah tu sebab penjawat awam tak boleh terima rasuah, kalau puan nakkan "ONG" tu boleh bagi kat orang lain...hehe..

8) Isu Semasa : Pastu dia tanya aku apa berita terbaru berkenaan MH370...yang ni memang aku goreng betul-betul lah sebab aku follow...huhu...

9) Pastu diorang tanya menteri apakah yang terlibat dalam kes MH370 : yang ni aku dapat jawab dengan yakinnya...

10) Soalan last : diorang tanya aku ada apa-apa soalan? aku pun guna peluang ni untuk merayu dan tunjukkan kelebihan aku...huhu..

Lama jugaklah interview ni...

Akhirnya pada 15/04/2014 aku pun dapat email yang mengatakan (keputusan dia awal seminggu dari tarikh yang tertera pada kertas SPA) :

Keputusan temuduga : DUKACITA ANDA TIDAK BERJAYA DALAM URUSAN INI.

Frust jugaklah...last-last aku nilai balik kenapa aku gagal, walau calon simpanan pun tak dapat..kegagalan mungkin berpunca daripada :

1) aku tak dapat jawab soalan misi dan visi JPN serta nama penuh pengarah JPN

2)cara aku jawab mungkin tak secara merendah diri...mungkin diorang meluat dengan aku kot...lain kali kalau interview walaupun kita nak menjual dan menunjukkan kehebatan diri kita..buatlah dengan cara yang humble...

3) mungkin takde rezeki aku lagi...redha jelah...huhu...

sekian....