Propellerads

Macam Mana Nak Dapat Duit Secara Online?




Salam Tok Ju, macam mana saya nak buat duit secara online?


Tok Ju jawab :-


Berdasarkan pengalaman Tok Ju, kita boleh jana online income dengan dua cara iaitu :-


1) Buat blog dan iklankan ads dalam blog kita, contohnya dengan memasukkan iklan Google Adsense atau Propeller Ads. Buat video dalam Youtube pun boleh juga, tapi pastikan jangan masukkan lagu yang hak cipta terpelihara nanti tak boleh nak monetize.


2) Jawab online survey tapi bukannya terus dapat duit, Tok Ju punya pengalaman berbulan-bulan jugaklah baru dapat..bukan senang ooi nak dapat duit, di sini Tok Ju senaraikan survey-survey site yang pernah Tok Ju dapat duit daripadanya :-


GlobalTest Market

Toluna
YouGov
AIP Online Survey
Mobrog
Triaba
Surveyon




Jual Rumah Untuk Beli Rumah Lain

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera kepada semua..

Di sini aku nak bercerita tentang pengalaman aku dan keluarga yang mempunyai impian untuk upgrade rumah dari single storey ke double storey..memang pengalaman ni memeritkan sehingga aku rasa aku jadi kurus sedikit sebab tiap2 hari duk fikir apakah misi aku ni akan berjaya...

Pada mulanya kami tinggal di rumah single storey yang dibeli pada tahun 2010..setelah beberapa tahun tinggal di sini aku merasakan ada keperluan untuk kami buat bilik lain dengan tambah setingkat lagi bilik atas..tapi itu juga banyak kosnya..aku perlu buat personal loan..satu lagi aku dan wife selalu berangan untuk memiliki rumah double storey, tapi memandangkan gaji kami kecik je dan merasakan tak layak untuk beli rumah 2 tingkat jadi kami lupakan jelah angan-angan kami ni dengan fokus untuk buat pinjaman untuk tambah bilik di tingkat atas ( yang aku tak berapa berkenan nak buat macam ni..nnt dalam lorong aku duduk..rumah kami je 2 tingkat..rumah lain setingkat..rasa macam tak syok je..)

Tiba2 pada..

11 Julai 2015 (Sabtu)

...Waktu ni bulan puasa, jadi aku lepak dengan member aku dekat kedai dan sempak makan colek..sedap tu..sembang punya sembang..tiba2 member aku bagitau yang ada salah seorang member aku beli rumah 2 tingkat pastu tunggu harga naik dan jual rumah tu...pastu duit untung tu dia beli tanah seekar..dan pastu buat loan lain untuk beli rumah lain yang lebih kurang harganya..

Pastu sembang lagi..member aku ni baru je beli rumah..so dia tengah renovate rumah dan plan nak buat housewarming la...(sayangnye aku tak dapat pergi sebab waktu tu anak aku kena chicke pox)..

Sembang2 lagi..dia cakap yang kita boleh apply loan bank sehingga 60% dari gaji kita..aku cakap mana boleh..bank hanya guna 1/3 dari gaji kita..dia kata boleh..aku cakap yang 60% tu hanya loan kerajaan je..dia cakap yang bank pun sama...

Okay tiba2 aku macam dapat idea untuk jual rumah aku sekarang ni dan beli rumah 2 tingkat pulak..balik tu aku bagitau wife aku dan diapun bersetuju..

Jadi prosedur pertama yang perlu aku lakukan adalah dengan pergi verify dengan bank dulu..adakah aku layak untuk memohon pinjaman sekiranya aku jual rumah..

Tiba2 beberapa hari selepas tu anak sedara aku yang bekerja sebagai agent rumah ada nak jual rumah berharga RM320 000..

_______________________________________________________________________________

15 Julai 2015 (Rabu)

..Kebetulan pada hari ni, aku mintak cuti awal 2 hari sebelum hari raya..jadi kesempatan ni aku pun pergilah tanya Hong Leong Bank..tanya punya tanya...aku bagi tahu plan aku macam ni...

-Rumah aku berharga RM120 000 (waktu aku beli pd tahun 2010)..buat loan RM114 000 (bulanan RM540)
-Aku nak jual RM230 000 (harga pasaran sekarang 2015)
-Aku tanya berapa baki hutang aku..dia bagitahu lebih kurang RM108 000..wow..banyak jugak untung tu..Alhamdulillah

- Aku cakap duit untung tu aku nak settlekan bayaran bulanan kereta aku (bayar bulan RM478)..kalau full settlement aku suruh dia cek..hutang ada lagi dalam RM 21 000..
-Lepas tu aku cakap, lepas dah jual rumah nnt, maka komitmen rumah dan kereta aku jadi -RM 1018..
-Pastu aku bagitau yang aku ada rumah sewa yang aku bagi sewa RM350 sebulan..dia kata ada perjanjian sewa tak? aku cakap ada..dia tanya lagi ada stamping ke tak? aku cakap ada...dia kata yang tu dikira macam gaji...pergghhh nasib baik aku buat stamping...

-Jadi aku bagitahu lah yang aku nak beli rumah berharga RM320 000..adakah layak..aku nak joint loan dengan wife aku...cek punya cek..dia kata layak...TERKEJUT aku di buatnya...

Jadi bermulalah angan-angan aku untuk memiliki rumah dua tingkat..

Sambil2 tu aku pun fikir jugak adakah boleh lagi ejas untuk memiliki rumah 2 tingkat tanpa aku jual rumah aku ni sebab sayang jugak rumah ni..maklumlah dah 5 tahun duk susah payah di sin...adjust punya adjust tak boleh jugak..aku kena letgo jugak rumah aku..

Sebelum balik raya tu aku sempat survey2 rumah tu..perghhh bestnye kalau ada rumah 2 tingkat ni..aku pun bagitahu niat kami kat anak aku yang baru berusia 6 tahun..diapun excited jugak untuk memiliki rumah 2 tingkat ni..

________________________________________________________________________________

Kemudian aku bagitahu Mak aku dan Ibubapa mertua aku...Ayah aku dah tak ada (Semoga ALLAH SWT sentiasa mengampunkan dosa2 ayahandaku ini..Amin)..

Respond diorang memang rasa agak terkejut..tapi aku explain baik2..dan mintak diorang doa (berkat di dalam Bulan Ramadhan ni) supaya misi kami ni berjaya..walaupun diorang macam risau..aku cuma harapkan doa-doa mereka ini..

Balik raya, aku explain lagi dekat Ibubapa mertua aku...respond mereka lebih positif...aku harapkan doa mereka...memanglah diorang risau sebab elok2 rumah ada..nanti jual kang nak beli rumah lain memang susah...aku pun risau jugak..jadi yang ni memang aku terpaksa ambil risiko..Isteri aku dan anak aku pun selalu bagi semangat...

_________________________________________________________________________________

19 Julai 2015 (Ahad)

Then, selepas selesai berhari raya..aku pun balik KL balik dan mula post rumah aku untuk dijual dalam Facebook dengan harga RM235 000...MasyaALLAH..berpuluh2 orang duk message tanya..memang respondnya amat menggalakkan..jadi aku menggunakan kaedah first com first serve..ramai yang tak boleh view rumah aku sebab waktu tu diorang masih kat kampung bercuti hari raya...

Kemudian aku post dalam Mudah.my pulak..waktu tu aku gunakan prinsip Agen tidak dialu-alukan..

20 Julai 2015 (Isnin)

Beberapa orang yang nak view rumah aku pada hari ni.. aku pun setkan time untuk mereka view rumah aku ni...first viewer iaitu sepasang suami isteri dan seorang anak..diorang datang tengok2..dan aku pun cerita semua..apa masalah yang ada kat rumah ni..terang dan jelas tanpa selindung..lepas tengok diorang pun setuju..dia cakap dia nak markup loan rumah ni..sebab dia cakap bank value rumah ni RM250 000..jadi diorang aku bagi deposit sikit jelah masa sign SNP nanti..aku pun fikir jugak..boleh ke markup2 macam ni..sebab aku tak pernah buat macam ni..last2 aku pun setuju jelah..jadi diorang janji nak bank in duit deposit RM500..

Kemudian datang orang lain nak view..aku cakap first viewer tadi dah booking dah..dia macam frust sebab rumah aku ni aku dah buat plaster ceiling kat ruang tamu dan dapur..buat kicthen kabinet kat dapur sekali..kat belakang tu aku dah buat tembok batu..

Pastu lepas dia balik dia sms yang dia nak up kan harga kalau jual kat dia..aku cakap tak boleh sebab dah janji dengan first viewer tu...macam tulah kalau nak berniaga kenalah jujur dan kalau dah berjanji kenalah berpegang pada janji..

Pastu 3rd viewer, aku dah bagitau siap2 yang rumah tu dah ada orang booking..kalau nak datang tengok boleh lah..tapi tak boleh nak buat apa kalau berminat...dia pun frust jugak..dia kata dia nak tengok jugak sebab dah on da way..aku tunggu punya tunggu..diorang tak sampai2 lagi..lepas tu aku call diorang..diorang cakap diorang dah on da way balik..sebab tak jumpa cari rumah kami tadi..huhuhu...

Kemudian tak lama selepas itu first viewer inform yang diorang telah bank in RM500 (dah dipersetujui bersama kalau loan tak duit ni akan hangus disebabkan masa terbuang)

_______________________________________________________________________________

Kemudian tiap2 hari ada orang call dan message bertanya pasal rumah aku tu, last2 aku delete post dalam FB dan Mudah.my..

Ada yang nak beli cash..siap nak potong line yang first viewer ni..aku cakap tak bolehlah sebab aku dah janji..bagi tempoh dulu dekat first viewer ni...cuma adalah beberapa nombor telefon yang aku simpan dalam list..aku akan hubungi mereka sekiranya viewer pertama gagal..


24 Julai 2015 (Jumaat)

Aku pun dah mula survey2 rumah sewa..dalam masa yang sama aku tengah deal dengan anak buah aku untuk sewa beli rumah yang dia jual tu..


31 Julai 2015 (Jumaat)

First viewer gagal untuk mendapatkan kelulusan loan bank yang dihajati..aku pun sedih jugak sebab diorang ni baik..aku cuba lagi bagi peluang kat diorang untuk tolong...tapi tak berjaya jugak...aiyyaa..masa aku dah terbuang lebih kurang 2 minggu ni..akhirnya aku pulang jugak RM190 kat diorang sebab kesian jugak kat diorang walaupun disepakati duit tu hangus...prinsip aku sebagai Orang Islam kita hendaklah bersifat Ihsan pada sesama kita..

1 Ogos 2015 (Sabtu)

Aku bagitau orang yang nak beli cash rumah aku tempoh hari tu..dia pun datang tengok rumah aku..deal2 dengan dia..dia bagitau dia dah beli rumah lain dah sebelah taman rumah aku..so dia try nak buat loan pulak..dia kata nak bank in deposit..tunggu punya tunggu dia tak bank in pun...aku pun frust...ekekeke..

Kemudian aku pun mula post dalam Mudah.my sekali lagi..

2 Ogos 2015 (Ahad)

Datang lagi beberapa orang yang nak view rumah aku..memang penat rasanya sebab nak kena kemas rumah untuk pastikan keadaan rumah bersih...last2 masa waktu petang tu..ada viewer yang betul2 berminat dan janji nak bank in deposit...kali ni aku pun tak harap dah..jadi aku masih open kat sape2 lagi sehinggalah dia bank in deposit...tunggu punya tunggu dia tak bank in deposit pun..besoknya dia bagitau yang dia tak boleh nak beli sebab loan lepas 70% je sebab kalau dia beli rumah aku, ia akan jadi 3rd house bagi dia..

Aku pun dah mula buka pintu pada agen2..sebab aku nak jual rumah ni cepat2...

3 Ogos 2015 (Isnin)

Pada hari ni aku dah mula bagi discount sikit2 pada buyer yang macam serius nak beli semalam..main tarik talilah ni...ekekeke..tapi respond diorang tak berapa memuaskan..

Hari ni hari keje..so lepas balik keje nanti ade lagi orang nak datang rumah..yang datang dengan agen pun ada, yang datang sendiri pun ada..last2 aku suruh diorang datang sekali malam nnt..

Sebelum tu ada uncle tu datang tengok rumah, dia nak beli cash..dia berkenan, pastu dia cakap dia nak bagi keputusan besok sebab nak tanya pendapat mak dia..adusss..dlm pikiran aku kalau buyer beli cash cepat sikit aku dapat duit..tu pun aku dapat info dari seorang uncle lain masa aku tengah survey2 rumah lain untuk dibeli..

Malamnye agen2 pun datang dan bawa beberapa orang buyer..aku bagitau diorang yang ada buyer petang tadi nak beli cash..last2 agen2 tu cakap yang dia akan pastikan dapat buyer malam ni..perghhh memang bersemangat betul brader ni..memang aku respek dia..

Dipendekkan cerita buyer dia bersetuju nak beli..tapi nampak macam nak pikir lagi..tapi mungkin disebabkan agen tu main peranan dia jadi dia macam nak beli rumah ni...aku cakap kat dia bagi keputusan besok pun takpe (sebab aku duk tunggu buyer yang nak beli cash tu..hehehe)..

Jadi diorang pun nak balik..tiba2 agen tu datang balik bagitau yang buyer ni betul2 nak beli..last2 dia cakap kat aku kesianla kat dia sebab datang jauh semata-mata nak deal rumah aku ni...pastu aku tanya dulu buyer tu betul ke nak beli rumah aku ni...dia cakap betul...aku pun pergi belakang rumah call uncle yang kata nak beli cash rumah aku...bagitau dia yang ada buyer nak booking..dia kata besok baru dia boleh bagitau..so lepas tu aku bincang dulu dengan wife aku dia pun setuju untuk jual kat buyer ni...

Maknanya uncle yang nak beli cash tu tak dapatlah nak beli..pastu aku tanya agen ni, berapa lama nak tunggu loan buyer ni lulus? dia cakap dalam tempoh 2 minggu..jadi aku bagi tempoh sampai hari Jumaat ( 14 Ogos 2015)..

Kemudian aku tanya macam mana dengan SNP? Dia cakap dia submit loan sambil submit dokumen dekat lawyer untuk lawyer proses..

Waktu tu ada buyer lain..so diorang tak dapatlah nak beli rumah aku walaupun diorang berminat..dia cakap kalau buyer ni tak lepas bagitau dia..aku cakap okay...

Jadi malam tu jugak, kami sign surat yang mengatakan kami nak jual pada buyer baru ni yang aku panggil pakcik..

Jadi untuk agen, buyer terpaksa bagi deposit 3% iaitu sebanyak RM6900 daripada harga rumah yang dipersetujui untuk dijual iaitu RM230 000

4 Ogos 2015 (Selasa)

Besoknya, aku call uncle tu..dia kata dia jadi nak beli rumah aku...tapi aku cakap kat dia, aku nak call agent dulu samada buyer semalam dah bagi 3% ke belum? aku pun call agent..agent cakap buyer baru je bank in duit 3% tu...jadi aku call balik uncle tu yang buyer semalam dah bagi 3%..jadi dia terima jelah keputusan ni....

7 Ogos 2015 (Jumaat)

Aku follow up dgn agent, dia cakap dia dah submit loan kat bank dah. Dia cakap paling cepat minggu depan boleh dapat tahu result dia.

8 Ogos 2015 (Sabtu)

Buyer datang rumah aku untuk tengok sekali lagi rumah..dia cakap dia tengok iklan kat Mudah.my yang agen punya pastu baru tengok iklan aku kat mudah..agen jual lagi mahal..aku pun bengang jugak sebab agen ni potong line aku kat Mudah.my..aku ingatkan dia dah ada ready buyer..kalau setakat nak cari buyer dlm Mudah.my aku pun tahu..

10 Ogos 2015 (Isnin)

Aku bagitau kat agen apa yg dia buat ni tak kena dan salah, aku cakap aku boleh maafkan kalau loan buyer ni lulus..dia pun minta maaf..

17 Ogos 2015 (Isnin)

Alhamdulillah loan buyer dah lulus.

18 Ogos 2015 (Selasa)

Lawyer contact aku utk tetapkan tarikh sign S&P.

21 Ogos 2015 (Jumaat)

Hari ni kami pun sign S&P kat pejabat lawyer..Alahmdulillah..sambil buat balik cek 7% dari buyer...



_____________________________________________________________________________

Sambil2 tu kami pun giat mencari rumah..pusing2 taman..2,3 biji rumah juga jumpa..akhirnya dapat jumpa rumah yg diinginkan dengan harganya RM350 000..broker rumah ni punyalah baik, tak mintak deposit apa pun..dapat reach agreement kalau loan lulus, aku dapat bayar deposit 5 % je..dia pun setuju..Alhamdulillah..

Yang meng"down"kan jiwa kami, broker ni suruh call manager Public Bank, lepas bagitau pendapatan aku dan wife, dia kira punya kira lepas tolak komitmen semua..dia cakap kami tak layak untuk dapatkan loan rumah ni...perggghhh down giler aritu seharian..rumah dah jual..nak beli rumah baru tak layak pulak..even aku nak topup 100k pun dia kata tak layak...pergggghhh down giler aku..nasib tak terlentang atas lantai dengar berita ni..

Aku pun hairan padahal aku dah survey 3 buah bank sebelum jual rumah tu..diorang kata kami layak untuk dapatkan loan RM300k lebih..tapi tiba2 hari ni tak layak pulak...broker pun macam nak tak nak layan aku dah...pergghhh tensionnye..aku kesian kat anak bini aku je..kesian kat diorang ni dah susah payah pindah..

Lepas tu aku teringat kakak ipar baru beli rumah jugak, mula2 loan dengan Public Bank pun tak lulus, sampai dia frust, nasib baik dia tak give up, lepas tu dia submit loan RHB..Alhamdulillah pastu loan dia lulus..

Pastu aku call agen balik, bagitau yang aku nak cuba bank RHB dan Hong Leong..aku pun ceritalah apa yang berlaku kat kakak ipar aku..broker tu pun cakap..okay jangan give up..Alhamdulillah ALLAH SWT beri kekuatan pada kami semua..

18 September 2015 (Jumaat)

Apply loan di RHB dan Hong Leong Bank

28 September 2015 (Isnin)

Alhamdulillah loan Hong Leong Bank dah lulus 70% dari RM330k sebab dikira rumah ketiga lagi waktu ni..rumah yang aku jual belum clear nama di bank lagi..value rumah ni bank dapat hanya RM350k..duk kira2 gagah lagi untuk procedd..Pastu aku bagitau lawyer utk buat snp agreement..

29 September 2015 (Selasa)

Valuer hubungi aku utk buat valuation rumah yg aku jual

30 September 2015 (Rabu)

Reach agreement dgn owner..4+1, 5% upon sign snp and another 5% within 2 month after sign snp.


2 Oct 2015 (Jumaat)

Sign offer letter dgn bank..70% dulu lepas nama rumah aku clear kat bank..bank akan revise jd 90%..InsyaALLAH..YA ALLAH SWT permudahkanlah segala urusan aku dan keluarga.

5 Oct 2015 (Isnin)

Call lawyer SNP rumah lama..bank tak bayar lagi pada bank rumah lama..adusss

6 Oct 2015 (Selasa)

Buyer baru sign agreement dengan lawyer bank RHB yang dia buat loan..lambat giler diorang sign padehal loan dah lulus pada 17 Ogos 2015 lagi.

7 Oct 2015 (Rabu)

RHB Bank call arini bgtau yg loan blh pegi 70% je dari RM350k..RHB dapat value RM350k untuk rumah ni.. Aku pun bgtau xpela kira cancelled jela sebab aku dah sign dgn Hong Leong Islamic Bank.

8 Oct 2015 (Khamis)

Lawyer S&P kami bagitau yang lawyer RHB buyer belum advice lagi untuk bayar hutang loan kami, tadi baru diorang hantar loan dokumen untuk bank sign. Proses ni ambil 14 hari, lawyer bank jadi lambat sebab diorang lambat dapat instruction dari bank.

15 Oct 2015 (Khamis)

Alhamdulillah hari ni aku dah sign snp dengan bagi deposit 5% je dari harga rumah iaitu RM17500..wife aku sign ari Khamis lepas..Stress dtg lg..loan lama aku masih tak clear lg..lagi 5% aku kena bayar dalam tempoh sebulan..kalau tak dapat setel dalam tempoh tu..nanti kena denda 8% dari baki deposit tu..

16 Oct 2015 (Khamis)

Lawyer S&P rumah lama bagitau yang dokumen buyer dah return pada lawyer bank, sekarang ni diorang dalam proses untuk lodge caveat kat pejabat tanah. Dan lawyer S&P pun dah nak adjudicate borang 14A ke LHDN, diorang tengah tunggu payment legal fees dari buyer. Lawyer bagitau lepas diorang lodge caveat, terus mamti diorang advice bank untuk settle loan kami.

22 Oct 2015 (Khamis)

Lawyer S&P baru bagitau yang semalam laywer bank baru advice bank untuk bayar hutang loan rumah lama kami. Alhamdulillah.

23 Oct 2015 (Jumaat)

Dalam waktu petang lawyer SnP kata loan aku RHB dah bayar..Alhamdulillah..masa balik keje aku call Hong Leong diorang kata loan ada lagi..aiyya maybe 2,3 hari baru okay kot..pastu aku msg banker yg buat loan aku utk increase loan sbb loan diorang dah bayar..

Lawyer S&P minta email aku untuk isi form Hong Leong Bank, borang ni dia kena hantar sekali dengan borang melepaskan gadaian bila loan dan settle nanti.

26 Oct 2015 (Isnin)

Banker bgtau loan tak settle lagi..aduhhh..aku pun tanya lawyer dia ckp ambik masa 2 atau 3 hari waktu bekerja jugakla baru setel..aku pun bgtau banker mcm tulah..

Malamnya aku bg kunci rumah aku pada buyer rumah aku, diorang sewa dulu..

27 Oct 2015 (Selasa)

Pagi2 lagi aku call Hong Leong Bank customer care tanya pasal loan aku dah clear ke belum? Diorang dah clear semalam lagi..Alhamdulillah..Syukur pada-Mu Ya ALLAH..pastu aku terus msg banker utk increase loan amount aku..huhuhu..harap2la boleh..

Tengaharinya banker called bgtau dia dah submit ke HQ..Ya ALLAH permudahkan urusan kami ini..Kepada-Mu lah kami memohon pertolongan..biarlah loan kami lulus 90%..AMIN..

Pagi ni juga aku bagitau lawyer yang aku dah letak borang yang kena isi dalam mailbox semalam. Lawyer S&P maklumkan yang dia akan forwardkan dokumen lepaskan gadaian hari ni dengan kurier.

2 Nov 2015 (Isnin)

Aku follow up balik dgn banker kenapa loan kami tak ada apa2 update lg, dia cakap dia kena tunggu lebihan bayaran dipulangkan pada akaun aku dulu, baru boleh increase loan..dia kata selagi duit lebihan ada pada bank, loan lama aku tu boleh diaktifkan kembali..so diorg tunggu loan aku betul2 clear, pastu dia cek dia kata duit lebih tu dah masuk akaun aku..apalagi aku teruslah pegi ambik..huhuhu..

Lepas balik kerja aku dapat panggilan dari banker yg mengatakan loan kami dah lulus 89%..kurang 1% je dari plan asal.. Syukur pd ALLAH sebab memakbulkan dan mempermudahkan urusan kami. Pada malam tu kami terus pergi sign offer letter baru yg mana superseded offer letter lama. Alhamdulillah. Sekarang ni yg merisaukan aku bila owner sorg lagi nak sign snp.

4 Nov 2015 (Rabu)

Arini aku kol pejabat lawyer aku bagi tempoh smp 20 Nov 2015 untuk diorang sign..kalau dia tak sign aku terpaksa cari rumah lain..Ya ALLAH aku memohon kepada-MU supaya owner yg sorang lagi sign snp tu sebelum 20 Nov 2015. 

9 Nov 2015 (Isnin)

Alhamdulillah pada waktu pagi aku dapat panggilan dari pejabat lawyer yg menyatakan owner yg sorg lagi dah sign SnP..Syukur pada-Mu YA ALLAH kerana memakbulkan doa kami..

Pada waktu petang pula, lawyer yg uruskan penjualan rumah aku bgtau yg dia dah dpt semua dokumen rumah lama dari Hong Leong Bank, arini diorang nak stamping, lusa diorang akan hantar kat lawyer loan yg uruskan pembelian rumah lama aku..Alhamdulillah..

16 Nov 2015 (Isnin)

Follow up dgn lawyer snp, dia bgtau lawyer loan tgh tunggu endorse gadaian LHDN, lawyer snp aku pun hairan kenapa diorg tak buat awal2 lepas advice redemption tu..

So delay lagila...aku pun apa lagi kol buyer terus bgtau maklumat ni..rupa2nya dia pun dah tau dah..aku cakapla ken pushla lawyer tu..tinggal seminggu je lagi ni..

20 Nov 2015 (Jumaat)

Arini aku ambik cuti sebab nak sign agreement loan..wife aku dah sign dah 2 ari lepas..waktu sign agreement tu perggghh banyak giler nak kena sign..boleh bengkak tangan tu...huhuhu..gurau jela .

Pastu dekat2 tengahari lawyer snp wassap aku mengatakan yg balance duit aku lawyer loan dan transfer dah..Alhamdulillah..so dia cakap minggu depan boleh ambik cek..

Petang tu aku pergi pejabat lawyer bertanyakan proses lawyer sambil sembang2..pastu aku tanya boleh ke tak kalau transfer akaun bank terus..lawyer cakap boleh je..pastu dengan pantas aku bg no akaun bank aku...

Syukur pada-Mu YA ALLAH kerana permudahkan urusan kami..terima kasih YA ALLAH YA ALLAH YA TUHAN KAMI..

23 Nov 2015 (Isnin)

Alhamdulillah, arini aku dpt cek baki untung rumah yg kami jual. Lawyer cakap tak boleh nak transfer sbb kena dapat persetujuan shareholder lain. Aku ckp xdehal, so aku pergi ambik kat pejabat lawyer waktu rehat. Pastu terus aku pergi tunaikan cek Cimb tu ke akaun bank Cimb aku. Kalau sama bank cepat sikit proses cek tu.

24 Nov 2015 (Selasa)

Alhamdulillah lebih kurang pukul 3pm, duit dah masuk dlm akaun aku, so aku terus buat bank draf utk bayar legal fee dan wang beza lawyer..Legal Fee dekat RM15k jugak (lawyer snp + loan agreement), wang beza RM20k, dan baki deposit 5% iaitu RM17500..

Lepas balik keje aku terus bagi kat lawyer bank draf tu.. Alhamdulillah selesai dah pembayaran aku utk beli rumah baru tu. Sekarang ni kami tunggu proses lawyer utk setelkan rumah kami. Lawyer ckp dlm tempoh 2 bulan InsyaALLAH boleh selesai.

YA ALLAH kami sangat bersyukur kepada-Mu kerana permudahkan urusan penjualan dan pembelian rumah ini..ALHAMDULILLAH..

26 November 2015 (Khamis)

Aku terima surat dari Hong Leong MSIG Takaful Insurance suruh aku buat medical checkup sbb dulu aku ada buat pembedahan telinga...Aduhhh..Menyesal jugak sebab jujur sangat..tapi takpe ada hikmahnya..lagipun bab2 nak tipu2 ni aku tak berapa pandai..hehehe..

27 November 2015 (Jumaat)

Pada waktu pagi,aku call banker utk bertanyakan tentang medical checkup tu, dia cakap medical checkup free je, boleh buat dekat hospital swasta iaitu panel bagi syarikat insurans ini. Lepas tu dia arrangekan waktu utk buat medical check up. Lebih kurang waktu tengahari staff insurans contact aku dan bagitau yg diorang dah arrange medical check up aku pada besoknya.

28 November (Sabtu)

Aku buat medical checkup kat hospital swasta, punyalah detail doktor check aku.

01 Disember 2015 (Selasa)

Valuer rumah yang aku beli telefon aku untuk buat valuation rumah yg aku nak beli tu, so aku bg no agen rumah tu untuk diorg arrangekan time untuk buat valuation, valuation fee aku kena bayar sendiri lepas nego aku bank in terus rm900 untuk valuation fee. Aku mintak kurang sebab ini adalah second time aku guna valuer ni..huhuhu..

08 Disember 2015 (Selasa)

Wife aku submit permohonan permohonan pengeluaran akaun kedua KWSP..

10 Disember 2015 (Khamis)

Duit KWSP dah masuk..sekejap je dalam 2 hari je..Alhamdulillah..

29 Disember 2015 (Selasa)

Report dari valuer smp dah sampai..boleh tgk gamba dan specs yg ada kat bakal rumah kami.

30 Disember 2015 (Rabu)

Arini baru aku dapat surat letter of acceptance utk takaful rumah tu..yg wife aku dah dapat awal lg, lbh kurang 3 minggu lepas.

04 Januari 2016 (Isnin)

Aku hubungi pihak insurans rumah lama aku dan memaklumkan bahawa kami tak dapat duit insurans sebab dah jual rumah, pastu diorg suruh hantar email sebab aritu dia dah hantar surat kat kami tapi ke alamat rumah sewa dulu2. Nasib baik aritu banker yg buat loan aku bgtau yg aku blh dpt duit drpd penamatan insuran rumah lama tu.

05 Januari 2016 (Selasa)

Lawyer masih tak dapat advice bank utk bayar ke balance hutang bank owner sbb pending surat kat LHDN dah dekat sebulan sbb LHDN tukar sistem online. Aku pun risau, agent pun risau.

08 Januari 2016 (Jumaat)

Alhamdulillah, baru lepas call lawyer, dia cakap dia dah advise bank utk release duit. Semalam LHDN dah selesaikan surat tu.

11 Januari 2016 (Isnin)

Alhamdulillah duit insurans masuk sebab penamatan penjualan rumah lama..dekat rm1.5k jugak dapat.

12 Januari 2016 (Selasa)

Aku tgk dlm online banking, bank dah release payment utk redemption bank owner. Wow cepat jugak. Alhamdulillah..dah tak sabar2 dah ni kami nak masuk rumah baru. YA ALLAH SWT permudahkanlah urusan kami sekeluarga..Amin..

21 Januari 2016 (Khamis)

Pihak lawyer telefon dan memaklumkan bahawa semalam diorang dah advise bank untuk bayar balance pada owner. Biasanya bank akan bayar dalam tempoh 2 minggu..Alhamdulillah..

27 Januari 2016 (Rabu)

Alhamdulillah pihak lawyer memaklumkan bahawa bank dah release balance utk owner pd lawyer..InsyaALLAH dlm minggu ni kami akan dapat kunci..dah tak sabar dah nak masuk rumah baru ni..Alhamdulillah..

Arini juga aku baru terima surat yg mengatakan duit bayaran redemption dah keluar dan suruh kami bayar dah bayaran bulanan rumah yg due datenye 1 Feb 2016 ni..pergggh belum duduk lagi dah kena bayar..xpelah nak buat macam mane..pastu pada waktu malam aku terus buat first payment untuk rumah baru melalui Maybank2u.. Alhamdulillah Syukur pada-Mu YA ALLAH kerana mempermudahkan urusan kami.

29 January 2016 (Jumaat)

Alhamdulillah arini kami dah dapat kunci rumah dah..cuma kena register TNB dan syarikat air (SAINS)..

Alhamdulillah tercapai jugak usaha kami selama..

Aku sangat2 bersyukur pada-Mu YA ALLAH..ALLAHUAKBAR! ALLAH MAHA BESAR! SESUNGGUHNYA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH..Amin..

Terima kasih juga kepada isteri dan anak aku yang selalu memberi moral support, juga kepada parents kami dan juga ahli keluarga dan rakan2 yang selalu bagi respond positif dan semangat kepada kami..

Sekian. Terima Kasih..

Pengalaman Temuduga Pembantu Perangkaan E17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kali ini, aku ingin kongsikan pengalaman temuduga aku untuk perkhidmatan kerajaan dalam jawatan Pembantu Perangkaan E17, ini adalah pertama kali aku ditemuduga untuk jawatan ini. Aku dapat tahu panggilan temuduga ini lebih kurang dua minggu sebelum tarikh temuduga melalui SMS dan email daripada pihak SPA, kemudian selang beberapa hari barulah surat panggilan temuduga sampai ke rumah.

Macam biasa aku cuba belajar dan mengkaji jawatan ini dan apa yang perlu melalui laman-laman web berikut :-

1) Jabatan Perangkaan Malaysia (http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?lang=bm/)
2) Penghuraian Kerja (http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/huraiankerja/huraiankerja.asp)

3)Senarai Kabinet Malaysia (http://www.kabinet.gov.my/)

Kemudian aku pun ada juga baca blog-blog mereka-mereka yang pernah menghadiri sesi temuduga bagi jawatan ini. Memang cukup membantu untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi temuduga ini. Sebelum hari temuduga aku pun dah siapkan pakaian-pakaian yang sesuai untuk temuduga, kemudian senarai sijil-sijil yang perlu dikemukakan.

Hari Temuduga (04/04/2014)

Waktu temuduga aku adalah pada jam 8.00 pagi di Wisma Perseketuan di Seremban, Negeri Sembilan, aku sampai awal kat sana lebih kurang jam 7.30 pagi, kali ni aku tak sempat nak bersarapan..huhu..takpelah sarapan lepas temuduga jelah..huhu. Sebenarnya kalau kita sampai awal takdelah kalut sangat untuk cari tempat parking kereta ataupun untuk ke tandas manelah tahu takut-takut perut meragam.

Kali ni aku adalah calon yang kedua awal...

Waktu Temuduga

Sebelum masuk ke bilik temuduga duga, aku ketuk dulu pintu dan kemudian baru masuk dengan memberikan senyuman serta memberi salam kepada panel penemuduga yang terdiri daripada 2 orang.
Kemudian aku terus memberi sijil dan dokumen yang diperlukan kepada panel-panel penemuduga, kemudian mereka mengarahkan aku untuk duduk.

Antara soalan-soalan yang ditanya yang masih aku ingat adalah :-

1)Macam biasa mereka suruh aku perkenalkan diri, so aku cerita pasal diri aku dari lahir hingga berkerja..panjang lebar jugaklah..diorang pun tekun je mendengar cerita aku..hehehe..

2)Memandangkan aku dah berkhidmat dengan kerajaan..mereka tanya kenapa mintak jawatan ni sedangkan gred lebih kurang sama...aku jawab yang aku nak cari pengalaman baru...dan peluang kenaikan pangkat lebih luas...pastu panjang jugaklah aku goreng...

3)Dia suruh aku huraikan tugas2 Pembantu Perangkaan E17 ni, aku pun apalagi gorenggg....seperti apa yang ada dalam EZSKIM jpa tu..perggghhh puas ati...

4)Pastu dia tanya aku, kalau masa pergi banci tu, orang dalam rumah tu tak nak bagi kerjasama macam mana? Aku cakap kita boleh kenakan pendakwaan mengikut akta yang sedia ada...(aku pun lupa dah akta dia...waktu memang aku ingat betul2...) tapi diorang masih tak berpuas hati sebab jawapan tu kurang tepat...tapi diorang bagi hint2 jugak...last2 aku cakap kita pakai "SURAT" atau borang..l..itulah jawapan yang tepat...perghhh lama jugaklah nak jawab bagi betu..huhu...

5) Pastu dia tanya aku berkenaan sasaran penduduk tahun 2040 ( itupun sebab aku bagitau aku ada baca projections 2040 ni)..yang ni boleh goreng jugak...

6) Pastu diorang tanya aku berapakah sepatutnya bilangan anak bagi sesebuah keluarga mengikut sasaran keluarga? aku jawablah 3 orang...diorang kata salah..diorang bagi jawapannya adalah 5 orang, sebab tulah apa2 borang bantuan apa2 untuk anak2 adalah kuotanya 5 orang...

7) Kalau masa banci penduduk, dah masukkan dalam sistem, tau2 besoknya ada orang beranak atau mati...jadi macam mana keputusan banci kita tu...aku jawab kita ikut bacaan terakhir yang kita buat...sebab kematian dan kelahirang memang selalu berlaku...

8)Soalan seterusnya, sanggupkah kamu kalau kena posting jauh2 termasuk Sabah dan Sarawak...aku cakap sanggup sebab Mak aku dan Mak Mertua aku kerap datang rumah aku untuk bantu wife aku...so takde masalahlah berkenaan urusan anak aku...

9) Pastu diorang tanya ada apa2 soalan tak, aku gunakan ruang itu untuk merayu dan bertanya satu soalan, apakah kelemahan saya dalam interview ini tuan, maklumlah ada temuduga sebelum ni saya gagal? diorang jawab soalan tu terlalu subjektif, penilaian panel penemuduga adalah berbeza...

Lepas tu aku bersalam dengan mereka dan beredar...

Kemudian jeng jeng jeng...

Pada 05/04/2014

Keputusan temuduga : TAHNIAH! ANDA TELAH BERJAYA TEMU DUGA

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat2 sebab berjaya temuduga ini...aku ucapkan GOOD LUCK! kepada sesiapa yang akan menghadiri temuduga nanti...tq



Pengalaman Temuduga Pembantu Pendaftaran KP17

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Aku ingin kongsikan pengalaman temuduga aku untuk perkhidmatan kerajaan dalam jawatan Pembantu Pendaftaran KP17, ini adalah pertama kali aku ditemuduga untuk jawatan ini. Aku dapat tahu panggilan temuduga ini lebih kurang dua minggu sebelum tarikh temuduga melalui SMS dan email daripada pihak SPA, kemudian selang beberapa hari barulah surat panggilan temuduga sampai ke rumah.

Macam biasa aku cuba belajar dan mengkaji jawatan ini dan apa yang perlu melalui laman-laman web berikut :-

1) Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (http://www.jpn.gov.my/)
2) Butiran Skim Perkhidmatan (http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/klasifikasi/perbekalanskim.asp?id_skim=4605)
3)Penghuraian Kerja (http://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/huraiankerja/HuraianKerja/K/4605.pdf)
4)Deskripsi Tugas (http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/SPMSijil/4605)
5)Senarai Kabinet Malaysia (http://www.kabinet.gov.my/)

Kemudian aku pun ada juga baca blog-blog mereka-mereka yang pernah menghadiri sesi temuduga bagi jawatan ini. Memang cukup membantu untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi temuduga ini. Sebelum hari temuduga aku pun dah siapkan pakaian-pakaian yang sesuai untuk temuduga, kemudian senarai sijil-sijil yang perlu dikemukakan.

Hari Temuduga (12/03/2014)

Waktu temuduga aku adalah pada jam 8.30 pagi di Wisma Perseketuan di Seremban, Negeri Sembilan, aku sampai awal kat sana lebih kurang jam 7.00 pagi, aku sarapan dalam kereta je dengan makan roti dan minum air masak. Kalau kita sampai awal takdelah kalut sangat untuk cari tempat parking kereta ataupun untuk ke tandas manelah tahu takut-takut perut meragam.

Aku adalah calon temuduga yang terawal sampai kat tempat temuduga, selepas petugas melihat sijil-sijil aku dan beliau mengarahkan aku untuk menyusun sijil-sijil dalam fail mengikut ikutan.

Waktu Temuduga

Sebelum masuk ke bilik temuduga duga, aku ketuk dulu pintu dan kemudian baru masuk dengan memberikan senyuman serta memberi salam kepada panel penemuduga yang terdiri daripada 2 orang.
Kemudian aku terus memberi sijil dan dokumen yang diperlukan kepada panel-panel penemuduga, kemudian mereka mengarahkan aku untuk duduk.

Antara soalan-soalan yang ditanya yang masih aku ingat adalah :-

1)Macam biasa mereka suruh aku perkenalkan diri, so aku cerita pasal diri aku dari lahir hingga berkerja..panjang lebar jugaklah..diorang pun tekun je mendengar cerita aku..hehehe..

2)Soalan pasal website JPN (adakah anda rasa website tu mudah untuk difahami atau tidak?..aku jawab mudah difahami...huhu..

3)Visi dan misi JPN...soalan ni aku tak dapat jawab sebab tak ingat..diorang bagi clue2 jugak tapi aku tak boleh jawab...aku cakap misi dia "memudahkan pelanggan"...haha...

4)Nama pengarah JPN...aku jawab betul dah cuma tak lengkap berserta nama binti...(lain kali kena pastikan ingat nama tu dengan lengkap) dahlah aku bagitau tak lengkap dengan nama ayah...Yang berbahagia pun aku tak cakap...yang ni penemuduga bagitau aku yang kena sebut Yang Berbahagia...

5) Pastu dia tanya macam mana kalau pergi ke perkampungan orang asli dan kita nak tentukan umur mereka-mereka yang masih belum ada kad pengenalan...yang ni aku jawab kita bagi anggaran umur berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa kelahirannya...aku bedal je ni...

6) Memandangkan aku dah berkhidmat dengan kerajaan..mereka tanya kenapa mintak jawatan ni sedangkan gred lebih kurang sama...aku jawab yang aku nak cari pengalaman baru...pastu panjang jugaklah aku goreng...

7) Pastu dia bagi soalan, kalau kamu bertugas di kaunter JPN, tiba2 ada amoi bagi kamu hadiah sebab dia dapat anak, dia bagi hadiah sebab nakkan "ONG"...pastu aku jawab kalau dia bagi ambik hadiah tu dan bagi kat ketua jabatan, pastu dia tanya kalau asyik2 amoi tu bagi hadiah macam mane? aku jawab kalau dia selalu bagi hadiah, itu dah kes lain...mungkin dia nak merasuah, pastu aku jawab saya akan tolak hadiah tu sebab penjawat awam tak boleh terima rasuah, kalau puan nakkan "ONG" tu boleh bagi kat orang lain...hehe..

8) Isu Semasa : Pastu dia tanya aku apa berita terbaru berkenaan MH370...yang ni memang aku goreng betul-betul lah sebab aku follow...huhu...

9) Pastu diorang tanya menteri apakah yang terlibat dalam kes MH370 : yang ni aku dapat jawab dengan yakinnya...

10) Soalan last : diorang tanya aku ada apa-apa soalan? aku pun guna peluang ni untuk merayu dan tunjukkan kelebihan aku...huhu..

Lama jugaklah interview ni...

Akhirnya pada 15/04/2014 aku pun dapat email yang mengatakan (keputusan dia awal seminggu dari tarikh yang tertera pada kertas SPA) :

Keputusan temuduga : DUKACITA ANDA TIDAK BERJAYA DALAM URUSAN INI.

Frust jugaklah...last-last aku nilai balik kenapa aku gagal, walau calon simpanan pun tak dapat..kegagalan mungkin berpunca daripada :

1) aku tak dapat jawab soalan misi dan visi JPN serta nama penuh pengarah JPN

2)cara aku jawab mungkin tak secara merendah diri...mungkin diorang meluat dengan aku kot...lain kali kalau interview walaupun kita nak menjual dan menunjukkan kehebatan diri kita..buatlah dengan cara yang humble...

3) mungkin takde rezeki aku lagi...redha jelah...huhu...

sekian....